...CORPORATE NEWS  

Penyenaraian bersejarah REIT Perladangan Islam pertama di Bursa Malaysia

Satu majlis ringkas untuk penyenaraian Al-Hadharah Boustead REIT telah diadakan pada 8 Februari 2007 di Bangunan Bursa Malaysia, Kuala Lumpur. Majlis tersebut telah dihadiri oleh beberapa kakitangan pengurusan kanan Kumpulan Boustead, para perunding dan pihak media.

Penyenaraian tersebut merupakan mercu tanda baru dalam sektor amanah pelaburan hartanah Islam dan juga sektor perladangan kerana Al-Hadharah Boustead REIT merupakan IPO pertama sepertinya untuk disenaraikan di Bursa Malaysia.

Al-Hadharah Boustead REIT memulakan dagangan sulung di Papan Utama Bursa Malaysia dengan meraih premium permulaan 11 peratus, apabila dibuka pada RM1.10 berbanding harga tawaran 99 sen sesaham.

YBhg Tan Sri Dato' Lodin Wok Kamaruddin, Pengerusi, Boustead REIT Managers Sdn Bhd berkata harga pembukaan Al-Hadharah Boustead REIT itu mencerminkan sambutan pelabur terhadap dana berkenaan. "Kami berharap harga REIT ini akan terus mencatatkan pergerakan positif," tambah beliau.